Pacapa - Keterangan dalam sebuah hadist : Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa nabi muhammad saw pernah bersabda : ” Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat, seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan, kemudian dia pergi ke masjid untuk melaksanakan sholat Jum'at, dan sebagai orang yang pertama sampai di masjid, maka sama halnya orang tersebut berkorban seekor unta, dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya orang tersebut berkorban Kambing betina, sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk, sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam, dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima, sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.” (HR. Bukhari muslim.
Baca Juga : Perbedaan Psikopat dan sosiopat
Baca Juga : Perbedaan Psikopat dan sosiopat
Keterangan Hadist tersebut:
1. Alloh menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Alloh melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah, daripada segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa yaitu Alloh SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu.
2. Hari Jumaat juga dinamakan ‘Yaumul-mazid’ yaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Alloh mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ‘waktu mustajab’.
3. Mulianya hari Jumaat ini hingga Alloh juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat, di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain.
4. Malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya. Lebih malangnya lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Alloh SWT.... Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Alloh, malah mereka lupa pada azab Alloh yang bakal menimpa.... Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.
Baca Juga : Angola Melarang Adanya Islam
Baca Juga : Angola Melarang Adanya Islam